Wednesday, October 28, 2015

Pesilat Yang Terbang Helang

Ha.. satu lagi pos kenangan ...

Pada separuh akhir tahun 1990, persatuan silat MRSM Jasin membuat satu persembahan di Dewan Besar. Seingat saya, persembahan itu diadakan pada perhimpunan mingguan.
Scenarionya, sekumpulan pesilat berbaris satu barisan di depan pentas utama Dewan Besar menghadap pentas. Kiranya mereka berdiri di hadapan kumpulan murid.
Serentak,  mereka memulakan persembahan menggayakan pelbagai langkah silat .. perlahan-lahan seorang demi seorang berhenti sehingga seorang yang tinggal iaitu ketua mereka, budak batch lama Mohd Nadzri Ishak.
Apabila tuan Nadzri Ishak seorang yang tinggal menggayakan rentak beliau, beliau melakukan rentak silat ala burung helang seakan-akan mahu terbang. Saya ingat melihat beliau, untuk beberapa ketika, berdiri satu kaki, tetapi masih dapat melakukan aksi beliau. Ada beberapa guru yang di atas pentas berdiri kerana mahu melihat lebih jelas (antaranya arwah Cikgu Jamil).
Tamat acara silat, kami pun bersurai.
Seingat saya, saya ada tanya tuan Nadzri tentang langkah itu, tetapi lupa jawapannya...

No comments:

Post a Comment