Tuesday, December 15, 2009

Persiapan Malam Freshie

Kami dimaklumkan oleh abang dan kakak senior tentang Malam Freshie. Malam terakhir untuk minggu orientasi di mana freshie ( kami ) akan mengadakan persembahan dan juga pertabalan freshie king dan queen.

Jadi terus kami brainstorm. Abang Zahid mencadangkan kami mengadakan dikir barat dan ia terus dipersetujui. Bincang2 lagi, tukang karut yg dilantik ( paksarela ) adalah Sharifah Azlina ( homeroom V ) dan Sam ( homeroom Y ). Masa bincang2 lagu nak modified untuk dikir barat, aku ada usulkan lagu Taman Rashidah Utama sebagai asasnya .. tapi abang Zahid tidak setuju sebab takut tukang karut tidak boleh layan lagu tu ;-) last2 kami pilih lagu lain ... tapi aku tidak ingat lagu tu ...

Seperti biasa, semasa kami .. menjalani prektis / rehearsal untuk malam freshie .. aku ambil kesempatan untuk berkenalan sikit2 dengan Nuri dan Syireen. Sikit2 dengan Nuri sebab dia ni pendiam dan pemalu. Syireen ok a bit sbb dia peramah ... Nuri Sek. Air Panas KL, Syireen BBGS .. ;-) ..

So far, pada masa ini, duduk di asrama Al Biruni dengan Azri okay2 aje ... tapi, hmm... nanti la .. ada ceritanya lagi ....