Monday, March 13, 2017

Kisah Tommy Page

Tommy Page telah menjadi arwah minggu lepas. Ramai tidak sangka begitu sebab mendiang begitu muda, sekitar awal 40an.
Kisahnya begini ...
Pada masa itu,baru beberapa minggu masuk Jasin, waktu tgh hari selepas kelas, di Dewan Selera, beratur ambil makan tengahari. TV belah kawasan lelaki sedang on, channel tv3. Kuat juga. Lepas tu, keluar music video lagu beliau 'A Shoulder to cry on'.
Itu first time saya mendengar lagu ini berkumandang. I thought, sedap juga melodic, lagu jiwang kan .. Saya lihat sekeliling ... Ada beberapa pelajar lelaki tekun menonton, siap berhenti makan. Bila lihat ke kawasan pelajar perempuan, wow ... Kawasan mana yang boleh melihat dan mendengar video itu, terpaku terus ... Hahaha.... That is when i knew it was gong to be a hit ... And it did. :)
Terima kasih, Tommy. Selamat tinggal ......

Friday, January 20, 2017

Gaban

Bila sebut pada alumni MRSMJ nama Gaban, pasti ingat Ustaz Ishak.
Ustaz Ishak tun pendek orangnya. Mmg ustaz pun, ajar subjek-subjek agama Islam. Beliau juga adalah ketua warden di sana, dan ketua cikgu disiplin.
Budak2 nakal mmg biasa dengan beliau, sebab buat kes2.
Secara peribadi, saya tidak berapa kenal sgt beliau, tapi kenal2 camtu aja.
Yang menariknya,  ramai warga exJasin yang kini engenal, berjumpa beliau adalah kalangan budak2 ini ... He he.. Karma I guess ...
Yang saya tahu, selepas Jasin, beliau pindah ke Mara HQ.
A good man, terima kasih byk2 ustaz kerana berbakti pada kami.

beliau yg berjaket hijau putih (kanan)
kiri - Dr Amin Sah (SPM 90)



Thursday, January 5, 2017

Penangan Karma Selepas 26 Tahun

Masa pendaftaran anak ke 2 ke srk Selasa lepas, jumpa dengan rakan Jasin sebatch yang mendaftarkan anak bongsu beliau. Mesra tegur sapa mcm biasa. Kami ada sejarah tersendiri pad atahun 90.
Secara ringkas, saya berdendam dengan beliau kerana menghalang saya masuk dorm beliau, sebagai dorm capt. Lama juga, baru beberapa tahun lepas, saya buat keputusan utk let go. Saya maafkan dia dan minta maaf dari dia, tentang perkara itu. Dia ada buat penjelasan tentang apa yang terjadi. Ada closure dalam hal ini.
Pengajarannya, to grow further, have to move on, seperit manapun.
It is all about forgiveness ..