Tuesday, June 30, 2009

Sesi Melukis

Pada petang hari itu, kami ditugaskan untuk melakarkan suasana petang di mana kami sedang duduk santai. Aku ingat lagi lokasi kumpulan gabungan kami. Di kawasan gelanggang luar volleyball ... kami tidak ada kerusi dan meja .. jadi duduk bersila sahaja atas lantai gelanggang. Nasib baik cuacanya redup.

As usual, kami duduk berasingan. Jejaka di sebelah kiri gelanggang. Rasanya tujuan aktiviti hanyalah untuk mengisi masa kosong petang itu. Dan aku tahu apa yang aku mahu lukis.

Nuri. Masalahnya, dia sedang duduk membelakangi pandangan aku. Tidak mengapa, ku lukis juga apa yang ku lihat. Dia dan Syireen yang juga duduk sebelahnya ;-)

Mengapa aku masih ingat saat ini ? Mungkin angin petang yang mendayu, .. cuaca yang terang tetapi tidak panas. Ataupun, suasana petang yang nyaman yang menghangatkan SS ku pada Nuri !

Saturday, June 20, 2009

Minggu Orientasi 1

Untuk orientasi, setiap homeroom digandingkan dengan sebuah homeroom lagi. Homeroom kami digandingkan dengan Homeroom Y. Dan inilah bermulanya satu kisah yang masih hangat di ingatan.

Pada pertemuan pertama, we sat in a circle. Dan, mata terus tertumpu kepada dua gadis di hadapan mata. Nuri dan Sy. Nuri matanya merah, macam baru lepas menangis... I think she was homesick. SY pula bersahaja. The spec frame and those lips. Yep, I was fixed on them from the start.

Setiap gabungan ada pembimbing - pembimbing. Gabungan kami dibimbing oleh Abg Khalid, Hisham Basir, Khalizatul Akma dan Farzana. Apa cerita mereka sekarang ? don't know la ... though Hisham Basir ambil kursus Masters bersama saya di UiTM sekitar 2005-06.

Aktiviti sekitar minggu orientasi tidak banyak aku ingat tetapi dua yang kekal dalam ingatan adalah malam persembahan ( Final Night ) dan sesi melukis di luar.

Dan masa ini, aku tgh SS ( syok sendiri ) :-) dengan Nuri. I thought she was cute.

Okay, aku sambung nanti dengan kisah dua aktiviti di atas.