Monday, July 18, 2022

Kisah Zack Kapcai

 Kisah ini berlaku sekitar tahun 1989, saya di tingkatan empat masa tu (4N) ...

Satu hari,  dalam subjek Bahasa Malaysia, cikgu kami, lupa lak nama dia, menyuruh kami membuat karangan ringkas secara berkumpulan. Saya dapat 2 org - Rohaida Harip dan Heliza Mahzan sebagai team member.

Semasa berbincang tentang karangan, kami mesti cipta satu watak untuk menjadi watak utama karangan. Cik Rohaida terus cadangkan nama 'Zack Kapcai'. Saya rasa pelik sikit, sebab itu nama karakter komik majalah  Gila Gila, dan rasanya tidak berapa sesuai, sebab nama itu sendiri, Rohaida bertegas minta nama digunakan, and I was like, mengalah, .. oklah. Jadi, kami gunalah nama itu.

In the end, semasa sesi huraian oleh Cikgu, dia ada sebut beberapa kesilapan umum dalam hasil2 kerja kelas yang dihantar. Antaranya, nama karakter yang tidak sesuai, terus sebut 'Zack Kapcai', tanpa menyebut kumpulan mana yang menggunakan nama itu.

Adoi :P selepas itu, saya sound Rohaida. Dia jawap, 'so what?' dengan selamba je. Masa tu, memang la tension dengan dia ... pikir2 balik now ... hahaha, unik la untuk saya ingat dia. Minah ala2 rock dengan spek frame hitam tu ahaks .... :D

Zack Kapcai Forever!