Tuesday, June 30, 2009

Sesi Melukis

Pada petang hari itu, kami ditugaskan untuk melakarkan suasana petang di mana kami sedang duduk santai. Aku ingat lagi lokasi kumpulan gabungan kami. Di kawasan gelanggang luar volleyball ... kami tidak ada kerusi dan meja .. jadi duduk bersila sahaja atas lantai gelanggang. Nasib baik cuacanya redup.

As usual, kami duduk berasingan. Jejaka di sebelah kiri gelanggang. Rasanya tujuan aktiviti hanyalah untuk mengisi masa kosong petang itu. Dan aku tahu apa yang aku mahu lukis.

Nuri. Masalahnya, dia sedang duduk membelakangi pandangan aku. Tidak mengapa, ku lukis juga apa yang ku lihat. Dia dan Syireen yang juga duduk sebelahnya ;-)

Mengapa aku masih ingat saat ini ? Mungkin angin petang yang mendayu, .. cuaca yang terang tetapi tidak panas. Ataupun, suasana petang yang nyaman yang menghangatkan SS ku pada Nuri !

No comments:

Post a Comment