Kisah 1
Tahun 89, masa awal2 kami di jasin, diadakan aktiviti2 riadah untuk pelajar, untuk mengumpul markah untuk pencapaian kokurikulum. Lokasi, kawasan lapang sebelah dewan besar, di mana ada tangki air besar. Antaranya, adalah acara lompat tinggi. Secara ringkas, sesiapa yang dapat melepasi palang yang telah disetkan akan mendapat markah. Jadi, antara yang melepasi palang adalah tuan Pelepek kita.
Apa yang istimewanya ialah cara tuan Pelepek melepas palang pada cubaan beliau. Dengan secara bersahaja, beliau lari dan melepasi palang dengan gaya terjun ala berenang up and over : D ... Bersorak kami2 yg melihat aksi tersebut. Cikgu masa tu confuse sekejap, nak beri markah atau tidak, akhirnya diberikan.
Kisah 2
Untuk kami pelajar lelaki, untuk menonton tv , kami pergi ke Dewan Selera, kawasan pelajar putera.
Suatu petang, tahun 89, hujung minggu, sekumpulan pelajar, me n tuan Pelepek, menonton cerita 21 Jump Street di TV3. Episod ini, watak Johnny Depp menjadi undercover gangster Chicano, yang bernama Calavero. Yang menarik ialah style Depp berpakaian. Dengan baju lengan panjang, berbutang satu, di kolar baju. Habis cerita itu, kami bersurai, dan setengah jam, sejam kemudian, tuan Pelepek walked around the dorm dengan gaya begitu. Hahaha. Menjadi pulak itu.
Check out the clip below. Bayangkan tuan Pelepek bergaya begitu. :)
Video Inspirasi kisah ke 2