Sempat jumpa Jai
Lepak dgn Dr Bargun n Nazri Long
Berkenalan dgn isteri Bargun n his two boys.
Cerita2 kucing Long n Dr Bargun menghiburkan ;)
Tahniah, Weida sekeluarga :)
Sempat jumpa Jai
Lepak dgn Dr Bargun n Nazri Long
Berkenalan dgn isteri Bargun n his two boys.
Cerita2 kucing Long n Dr Bargun menghiburkan ;)
Tahniah, Weida sekeluarga :)
Kalsum Hassan telah meninggal hari ini. Arwah meninggal sebab kanser.
Arwah adalah budak batch Jasin SPM 90, macam saya.
Kami dalam blok akademik yang sama iaitu Blok 5. Tapi, tidak pernah di kelas yang sama. Beliau di kelas 4 M dan 5 M.
Adalah kami bertegur sapa beberapa kali masa Jasin dahulu. Orang yang sempoi dan ceria.
Saya ingat beberapa kali tgk dia geng dengan tuan Kaprak ;) masa di kelas 5 M dahulu.
Lepas SPM
Pernah tegur beliau semasa melawat Kolej Mara Seremban, terjumpa dia, sbb dia buat A-Level.
Pernah jumpa beliau sekali sekitar Damansara Utama, awal millenium. Hi hi dan bye2.
Berkawan di FB for a while.
Alfatihah ke atas arwah. C u when we get there, Combi.
Hari ini (17/4) adalah birthday tuan Affendy Saad, batch SPM 90 sama seperti saya.
Ini memori dengan dia yang paling saya ingat.
Ini sekitar tahun 90, kebetulan masa weekend kot, saya berada di kawasan bilik dia di asrama. Tak ingat sebab apa, sebab kami berlainan blok belajar, dan asrama lain. Saya ternampak kaset Dio album Holy Diver di atas meja katil dia. Terkejut a bit, sebab tak tahu dia minat Dio. So, saya minta pinjam kaset tu sebab nak dengar lagu hit album itu iaitu Holy Diver. Dia kata ok je. Selepas beberapa hari mendengar, saya berikan beliau kembali kaset Dio yang saya pinjam.
Pikir2 balik, I barely knew the guy, tp dia percaya den. Terima kasih, tuan Affendy.
So, kalau jumpa dia, or dengar lagu ini bila2, this memory pops up ;)
Selamat hari jadi, tuan Affendy.
Kisah 1
Tahun 89, masa awal2 kami di jasin, diadakan aktiviti2 riadah untuk pelajar, untuk mengumpul markah untuk pencapaian kokurikulum. Lokasi, kawasan lapang sebelah dewan besar, di mana ada tangki air besar. Antaranya, adalah acara lompat tinggi. Secara ringkas, sesiapa yang dapat melepasi palang yang telah disetkan akan mendapat markah. Jadi, antara yang melepasi palang adalah tuan Pelepek kita.
Apa yang istimewanya ialah cara tuan Pelepek melepas palang pada cubaan beliau. Dengan secara bersahaja, beliau lari dan melepasi palang dengan gaya terjun ala berenang up and over : D ... Bersorak kami2 yg melihat aksi tersebut. Cikgu masa tu confuse sekejap, nak beri markah atau tidak, akhirnya diberikan.
Kisah 2
Untuk kami pelajar lelaki, untuk menonton tv , kami pergi ke Dewan Selera, kawasan pelajar putera.
Suatu petang, tahun 89, hujung minggu, sekumpulan pelajar, me n tuan Pelepek, menonton cerita 21 Jump Street di TV3. Episod ini, watak Johnny Depp menjadi undercover gangster Chicano, yang bernama Calavero. Yang menarik ialah style Depp berpakaian. Dengan baju lengan panjang, berbutang satu, di kolar baju. Habis cerita itu, kami bersurai, dan setengah jam, sejam kemudian, tuan Pelepek walked around the dorm dengan gaya begitu. Hahaha. Menjadi pulak itu.
Check out the clip below. Bayangkan tuan Pelepek bergaya begitu. :)
Video Inspirasi kisah ke 2
Jemputan Tuan Salleh ke wedding anak beliau.
Walimatul Urus
Wedding Reception
https://jemputan.me/16207/fateh-izzana
'بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Dengan penuh kesyukuran, kami mempersilakan Dato' | Datin | Tuan | Puan | Encik | Cik seisi keluarga hadir ke majlis perkahwinan anakanda kami
With Joy and Gratitude to Almighty God, we cordially invite Dato' | Datin | Mr | Mrs | Miss to the wedding reception of our son
Muhammad Fateh Bin Mohd Salleh & Khairul Izzana Binti Khairudin
🗓 12 Julai 2025 (Sabtu - Saturday)
⏱ 11:30 AM - 3:30 PM
📍 The Grand Ballroom BORAOMBAK Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5 62200 Putrajaya Malaysia
Untuk maklumat lanjut mengenai majlis dan lokasi, dan RSVP, sila klik pada pautan kad digital di atas.
For more information on the ceremony and location, and to RSVP, please click on the digital card link above.
RSVP sebelum 24 June 2025.
RSVP before 24 June 2025.
Semoga dengan kehadiran para jemputan dapat memeriahkan lagi majlis ini.
With your presence, we can liven up this celebration.
Terima Kasih
Thank you
Salleh Harun & Noranita Kushairi
-------
The pics of those who came / datang
Terima kasih kepada tuan Salleh sekeluarga atas jemputan.
All the best kepada pengantin baru.
"Dulu pi wedding member, now anak member" :)
Arwah meninggal dunia hari ini. :/
Petikan berita from Saliza
" MASJID BANDAR SERI PUTRA*PENGUMUMAN KEMATIAN BIL 38/2025
14 Jun 2025, Sabtu
الســـــــــلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
انا لله وانا اليه راجعون
Dimaklumkan ada kematian di Kariah BSP seperti berikut:
Nama arwah : Allahyarham Yente Yunista Binti Md Dom @Md Nor
Umur :52 tahun
Nama waris : Tuan Hj Mat Amin Bin Jaafar (suami)
Jenazah dijangka akan disolatkan selepas Solat Asar hari ini di Masjid Bandar Seri Putra, InsyaAllah
Sekian untuk makluman.
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
"
------
14/6/25 --- I will post ... tulis ttg arwah later sikit ... just to park it here ...
6/5/26 - dia bagi saya ini untuk birthday sweet 17 saya, saya tulis di sini.
Bila dengar atau baca perkataan ini, mesti teringat cikgu homeroom den, Cikgu Rokiah Samion. Sebab dia pernah nasihat den tentang benda ni, dulu2.
thanks cikgu. Figured it out finally.
Semalam 8 pm, 10 April 2023, Hazliza Ismail telah pergi. Beliau ada rakan sekelas saya semasa tingkatan 5 O, dan juga ahli kelab Tae Kwon Do. Asal orang Ampangan, Negeri Sembilan.
Saya ada menulis tentang beliau di sini. Gambar di bawah, arwah sebelah kanan.
Kisah ini berlaku sekitar tahun 1989, saya di tingkatan empat masa tu (4N) ...
Satu hari, dalam subjek Bahasa Malaysia, cikgu kami, lupa lak nama dia, menyuruh kami membuat karangan ringkas secara berkumpulan. Saya dapat 2 org - Rohaida Harip dan Heliza Mahzan sebagai team member.
Semasa berbincang tentang karangan, kami mesti cipta satu watak untuk menjadi watak utama karangan. Cik Rohaida terus cadangkan nama 'Zack Kapcai'. Saya rasa pelik sikit, sebab itu nama karakter komik majalah Gila Gila, dan rasanya tidak berapa sesuai, sebab nama itu sendiri, Rohaida bertegas minta nama digunakan, and I was like, mengalah, .. oklah. Jadi, kami gunalah nama itu.
In the end, semasa sesi huraian oleh Cikgu, dia ada sebut beberapa kesilapan umum dalam hasil2 kerja kelas yang dihantar. Antaranya, nama karakter yang tidak sesuai, terus sebut 'Zack Kapcai', tanpa menyebut kumpulan mana yang menggunakan nama itu.
Adoi :P selepas itu, saya sound Rohaida. Dia jawap, 'so what?' dengan selamba je. Masa tu, memang la tension dengan dia ... pikir2 balik now ... hahaha, unik la untuk saya ingat dia. Minah ala2 rock dengan spek frame hitam tu ahaks .... :D
Zack Kapcai Forever!
Saya copy paste simpan di sini. Kenangan dan peringatan.
" From: Pet <omecool20@yahoo. com>
Subject: Re: [mjsc_jasin89] Get Well Soon Bro
To: mjsc_jasin89@ yahoogroups. com
Date: Saturday, November 29, 2008, 12:08 AM
Salam semua.
Mcm Salleh ckp .. saya ingat masa saya terjumpa seorang budak batch lama yg terkenal dengan ketaikoannya masa Jasin dulu. Saya pun pernah kena dengan dia a few times, so bila nampak dia masa tu, my first instinct was to go over and give a good slap. tp, looking at him and his daughter, I just hope his daughter will not go thru the pain yg I went thru.
Tentang bab menyusahkan org tu, sy minta maaf sebab I remembered bgm I was the butt of a few jokes kat Jasin .. sapa tak kenal 'Fat Short Boy' n kisah cinta monyetnya ... ramai bebudak masa tu komen perangai saya yg 'pelik' masa tu ... ada la a few times kena panggil pi store " settle the store " ..
Lepas grad dr uni, until the incident, bila jumpa bebudak Jasin yg dulu memandang rendah pd saya, tiba2 act mcm dah kawan lama, rasa mcm nak gelak pun ada, marah pun ada. Kata mereka, " ala Pet ... let bygones be bygones, masa tu budak2 lagi ... " .. iye, masa tu bebudak lagi, korang tak rasa sakit, aku rasa tau ..
Tp, incident kereta selepas reunion sekitar 2004 tu, sy beritahu diri saya ... let it go la Pet, mereka dah lupakan, kau yg terasa sorang2 ... biarlah roda hidup berputar, bergerak ke hadapan, bukan ke belakang.
Jadi nowadays, bila jumpa bebudak Jasin, I meet them with an open heart .. all is forgiven not forgotten .. syukurlah, the majoriti yg saya jumpa dan hangout sekali-sekala adalah yg mereka2 yg menerima saya seadanya masa di Jasin dulu. Terima kasih pd kalian ( you know who you are ).
Sekarang, bila kita dah ada anak2, let us guide them well, so they will, InsyaAllah, not repeat our past mistakes.
Rgds,
Pet"
Lelaki (kiri ke kanan) - Hasan, Wahab, Yusof, Azmarul, Awaluddin, saya
Perempuan (kiri ke kanan) - Sharifah Azlina, Faridah, arwah Maslina, Fairuza, Laila, Rusni
Alfatihah kepada arwah Maslina. Meninggal kerana kanser.