Friday, October 9, 2026

Kad TNG MRSM Reconnect 2016

 Kad TNG dari majlis ini dah expire.




Sunday, August 23, 2026

230826 Wedding Anak3 Weida


 

Sempat jumpa Jai



Lepak dgn Dr Bargun n Nazri Long

Berkenalan dgn isteri Bargun n his two boys.

Cerita2 kucing Long n Dr Bargun menghiburkan ;)



Tahniah, Weida sekeluarga :)




Sunday, August 9, 2026

Gambar2 Profile Tinta Mas 1990

 

AZMAN OTHMAN

Wednesday, June 17, 2026

Kalsum Hassan dalam kenangan


 


Kalsum Hassan telah meninggal hari ini. Arwah meninggal sebab kanser.

Arwah adalah budak batch Jasin SPM 90, macam saya.

Kami dalam blok akademik yang sama iaitu Blok 5. Tapi, tidak pernah di kelas yang sama. Beliau di kelas 4 M dan 5 M.

Adalah kami bertegur sapa beberapa kali masa Jasin dahulu. Orang yang sempoi dan ceria.

Saya ingat beberapa kali tgk dia geng dengan tuan Kaprak ;) masa di kelas 5 M dahulu.

Lepas SPM

Pernah tegur beliau semasa melawat Kolej Mara Seremban, terjumpa dia, sbb dia buat A-Level.

Pernah jumpa beliau sekali sekitar Damansara Utama, awal millenium. Hi hi dan bye2.

Berkawan di FB for a while. 

Alfatihah ke atas arwah. C u when we get there, Combi.




Friday, April 17, 2026

Kisah Holy Diver dengan tuan Affendy Saad

 Hari ini (17/4) adalah birthday tuan Affendy Saad, batch SPM 90 sama seperti saya. 

Ini memori dengan dia yang paling saya ingat.

Ini sekitar tahun 90, kebetulan masa weekend kot, saya berada di kawasan bilik dia di asrama. Tak ingat sebab apa, sebab kami berlainan blok belajar, dan asrama lain. Saya ternampak kaset Dio album Holy Diver di atas meja katil dia. Terkejut a bit, sebab tak tahu dia minat Dio. So, saya minta pinjam kaset tu sebab nak dengar lagu hit album itu iaitu Holy Diver. Dia kata ok je. Selepas beberapa hari mendengar, saya berikan beliau kembali kaset Dio yang saya pinjam.

Pikir2 balik, I barely knew the guy, tp dia percaya den. Terima kasih, tuan Affendy.

So, kalau jumpa dia, or dengar lagu ini bila2, this memory pops up ;)

Selamat hari jadi, tuan Affendy.


cover album Dio Holy Diver

Video lagu Holy Diver


Sunday, April 5, 2026

4 April 2026 Wedding Anak Camel

 Now, u go to weddings anak member 








Monday, July 28, 2025

2 Kisah Birthday Boy Tuan Birthday Boy Shaiful Nadzri aka Pelepek

 Kisah 1

Tahun 89, masa awal2 kami di jasin, diadakan aktiviti2 riadah untuk pelajar, untuk mengumpul markah untuk pencapaian kokurikulum. Lokasi, kawasan lapang sebelah dewan besar, di mana ada tangki air besar. Antaranya, adalah acara lompat tinggi. Secara ringkas, sesiapa yang dapat melepasi palang yang telah disetkan akan mendapat markah. Jadi, antara yang melepasi palang adalah tuan Pelepek kita.

Apa yang istimewanya ialah cara tuan Pelepek melepas palang pada cubaan beliau. Dengan secara bersahaja, beliau lari dan melepasi palang dengan gaya terjun ala berenang up and over : D ... Bersorak kami2 yg melihat aksi tersebut. Cikgu masa tu confuse sekejap, nak beri markah atau tidak, akhirnya diberikan.

Kisah 2

Untuk kami pelajar lelaki, untuk menonton tv , kami pergi ke Dewan Selera, kawasan pelajar putera. 

Suatu petang, tahun 89, hujung minggu, sekumpulan pelajar, me n tuan Pelepek, menonton cerita 21 Jump Street di TV3. Episod ini, watak Johnny Depp menjadi undercover gangster Chicano, yang bernama Calavero. Yang menarik ialah style Depp berpakaian. Dengan baju lengan panjang, berbutang satu, di kolar baju. Habis cerita itu, kami bersurai, dan setengah jam, sejam kemudian, tuan Pelepek walked around the dorm dengan gaya begitu. Hahaha. Menjadi pulak itu.

Check out the clip below. Bayangkan tuan Pelepek bergaya begitu. :)


Video Inspirasi kisah ke 2