Monday, July 28, 2025

2 Kisah Birthday Boy Tuan Birthday Boy Shaiful Nadzri aka Pelepek

 Kisah 1

Tahun 89, masa awal2 kami di jasin, diadakan aktiviti2 riadah untuk pelajar, untuk mengumpul markah untuk pencapaian kokurikulum. Lokasi, kawasan lapang sebelah dewan besar, di mana ada tangki air besar. Antaranya, adalah acara lompat tinggi. Secara ringkas, sesiapa yang dapat melepasi palang yang telah disetkan akan mendapat markah. Jadi, antara yang melepasi palang adalah tuan Pelepek kita.

Apa yang istimewanya ialah cara tuan Pelepek melepas palang pada cubaan beliau. Dengan secara bersahaja, beliau lari dan melepasi palang dengan gaya terjun ala berenang up and over : D ... Bersorak kami2 yg melihat aksi tersebut. Cikgu masa tu confuse sekejap, nak beri markah atau tidak, akhirnya diberikan.

Kisah 2

Untuk kami pelajar lelaki, untuk menonton tv , kami pergi ke Dewan Selera, kawasan pelajar putera. 

Suatu petang, tahun 89, hujung minggu, sekumpulan pelajar, me n tuan Pelepek, menonton cerita 21 Jump Street di TV3. Episod ini, watak Johnny Depp menjadi undercover gangster Chicano, yang bernama Calavero. Yang menarik ialah style Depp berpakaian. Dengan baju lengan panjang, berbutang satu, di kolar baju. Habis cerita itu, kami bersurai, dan setengah jam, sejam kemudian, tuan Pelepek walked around the dorm dengan gaya begitu. Hahaha. Menjadi pulak itu.

Check out the clip below. Bayangkan tuan Pelepek bergaya begitu. :)


Video Inspirasi kisah ke 2




Saturday, July 12, 2025

13 July 2025 Majlis Perkahwinan Anak Salleh

Jemputan Tuan Salleh ke wedding anak beliau.

Walimatul Urus

Wedding Reception


https://jemputan.me/16207/fateh-izzana


‎ 'بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

           

‎اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

              

Dengan penuh kesyukuran, kami mempersilakan Dato' | Datin | Tuan | Puan | Encik | Cik seisi keluarga hadir ke majlis perkahwinan anakanda kami  


With Joy and Gratitude to Almighty God, we cordially invite Dato' | Datin | Mr | Mrs | Miss to the wedding reception of our son

              

Muhammad Fateh Bin Mohd Salleh & Khairul Izzana Binti Khairudin

              

🗓 12 Julai 2025 (Sabtu - Saturday)

⏱ 11:30 AM - 3:30 PM

              

📍 The Grand Ballroom BORAOMBAK  Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5 62200 Putrajaya Malaysia 

              

Untuk maklumat lanjut mengenai majlis dan lokasi, dan RSVP, sila klik pada pautan kad digital di atas.

For more information on the ceremony and location, and to RSVP, please click on the digital card link above.


RSVP sebelum 24 June 2025.

RSVP before 24 June 2025.


Semoga dengan kehadiran para jemputan dapat memeriahkan lagi majlis ini.

With your presence, we can liven up this celebration.


              

Terima Kasih

Thank you


Salleh Harun & Noranita Kushairi

-------

The pics of those who came / datang 




















Terima kasih kepada tuan Salleh sekeluarga atas jemputan.

All the best kepada pengantin baru.

"Dulu pi wedding member, now anak member" :)