Friday, November 27, 2015

Masa Prep

Prep? Malam buat kerja sekolah :)  Ia bermula pukul 8.00 pm hingga 10.00 pm. Bermula malam Isnin sehingga malam Jumaat. Kecuali, hari selepas itu adalah hari cuti :) Dan setiap lokasi, ada beberapa ahli-ahli LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) jadi tukang jaga ;-) hehehe....

Ada 3 lokasi prep .. Dewan Selera, PSP (Pusat Sumber Pembelajaran) dan kelas. Setiap minggu, lokasi berpindah-pindah mengikut blok. Tidak ada apa-apa perkara pelik berlaku, tetapi paling tak lupa ialah masa prep di Dewan Selera. Yep, masa bermula prep, ada aktiviti mengesat meja makan yang berminyak. Tu dia, untuk beberapa minit pertama, ambil kertas segumpal, kesat meja tempat di mana kami duduk.

Anyway, satu kenangan hidup di MRSM Jay .....

Monday, November 16, 2015

Kisah Lagu Malam Freshie Night 1989

Pada malam Freshie Night tahun 1989, Freshie King and Freshie Queen. Ya lah, gurauan or mainan tu tak tau la, tapi akan menjadi kenangan pada semua rakan batch saya.

Apa yang berlaku ..

MC naik ke pentas Dewan Besar. Beliau mengumumkan nama untuk Freshie King and Freshie Queen malam ini. " Freshie King anda... Samsol Kamal Hassan .. dan Freshie Queen Anda .. Azlynna Jusoh .. " ... riuh bebudak di dewan seketika. Kedua insan tersebut naik ke pentas. Diberikan mahkota agak ringkas untuk dipakai.

MC kata " Okey, kita minta mereka buat persembahan nak? " ... semua jawab " Nakkk " :)

Freshie Queen Azlynna dengan sporting terus mendendangkan beberapa bait lagu 'Puisi Cinta'- Illusi ... not bad :) ... lepas itu, giliran Freshie King Samsol pula .. waduh, nampak benar dia gemuruh  ... dia pegang mike, tekup tangan di pipi gaya muazzin, terus menyanyikan ... " Negaraakuuu ... " ... hehehe...

I never got to know why he chose that song ... but every time I see him reminds me of the moment :)
dan bila mendengar lagu 'Puisi Cinta', pasti ingat Freshie Queen .. :)

Lagu Puisi Cinta - Illusi



Lagu Kebangsaan Malaysia - Negaraku

Wednesday, November 11, 2015

Kisah Mata Cun Selamatkan Spek Saya

Pada tahun 1990, al-kisah, saya mengikut rombongan skuad bahas MRSM Jasin ke Kota Bharu Kelantan. Dalam perjalanan pulang ke Jasin, Melaka, bus mengambil jalan melalui Kota Bharu - Kuantan - Segamat kemudian ke Jasin.

Di sekitar Segamat, kami berhenti berehat dan solat di sebuah masjid kampung. Ketika mengambil wuduk, saya letak spek saya di atas tempat wuduk, dan then bunyi 'plop' ia jatuh ke dalam kolam air. Panik sekejap, ya lah my spek kan.

Jadi, terus saya mencari rakan saya, Farid Zainuddin Rahman, atau lebih mesra 'Gon' ...minta tolong untuk mengambil spek yang terjatuh. Beliau terus memanjat ke dalam kolam air dan mengambil spek tersebut. Phew :)

Pada masa itu, saya cakap pada Gon, " Gon, I hope this matter does not go into Selspress. " Gon, replied, " Nah.. you wish .." .. memang masuk Selspress, tabloid MRSMJ yang terbit beberapa minggu lepas itu .... ;-)

Oh, Gon memang dikenali sebagai Mata Cun, sebab matanya yang cantik :) sebab itu tajuk post ini begitu ....