As usual, kami duduk berasingan. Jejaka di sebelah kiri gelanggang. Rasanya tujuan aktiviti hanyalah untuk mengisi masa kosong petang itu. Dan aku tahu apa yang aku mahu lukis.
Nuri. Masalahnya, dia sedang duduk membelakangi pandangan aku. Tidak mengapa, ku lukis juga apa yang ku lihat. Dia dan Syireen yang juga duduk sebelahnya ;-)
Mengapa aku masih ingat saat ini ? Mungkin angin petang yang mendayu, .. cuaca yang terang tetapi tidak panas. Ataupun, suasana petang yang nyaman yang menghangatkan SS ku pada Nuri !