Tuesday, April 11, 2023

Hazliza Ismail Dalam Kenangan

 Semalam 8 pm, 10 April 2023, Hazliza Ismail telah pergi. Beliau ada rakan sekelas saya semasa tingkatan 5 O, dan juga ahli kelab Tae Kwon Do. Asal orang Ampangan, Negeri Sembilan.

Saya ada menulis tentang beliau di sini. Gambar di bawah, arwah sebelah kanan.



Monday, July 18, 2022

Kisah Zack Kapcai

 Kisah ini berlaku sekitar tahun 1989, saya di tingkatan empat masa tu (4N) ...

Satu hari,  dalam subjek Bahasa Malaysia, cikgu kami, lupa lak nama dia, menyuruh kami membuat karangan ringkas secara berkumpulan. Saya dapat 2 org - Rohaida Harip dan Heliza Mahzan sebagai team member.

Semasa berbincang tentang karangan, kami mesti cipta satu watak untuk menjadi watak utama karangan. Cik Rohaida terus cadangkan nama 'Zack Kapcai'. Saya rasa pelik sikit, sebab itu nama karakter komik majalah  Gila Gila, dan rasanya tidak berapa sesuai, sebab nama itu sendiri, Rohaida bertegas minta nama digunakan, and I was like, mengalah, .. oklah. Jadi, kami gunalah nama itu.

In the end, semasa sesi huraian oleh Cikgu, dia ada sebut beberapa kesilapan umum dalam hasil2 kerja kelas yang dihantar. Antaranya, nama karakter yang tidak sesuai, terus sebut 'Zack Kapcai', tanpa menyebut kumpulan mana yang menggunakan nama itu.

Adoi :P selepas itu, saya sound Rohaida. Dia jawap, 'so what?' dengan selamba je. Masa tu, memang la tension dengan dia ... pikir2 balik now ... hahaha, unik la untuk saya ingat dia. Minah ala2 rock dengan spek frame hitam tu ahaks .... :D

Zack Kapcai Forever!





Sunday, December 5, 2021

Emel Tentang Pengalaman Di Jasin

 Saya copy paste simpan di sini. Kenangan dan peringatan. 

sekadar hiasan


" From: Pet <omecool20@yahoo. com>

Subject: Re: [mjsc_jasin89] Get Well Soon Bro

To: mjsc_jasin89@ yahoogroups. com

Date: Saturday, November 29, 2008, 12:08 AM


Salam semua.


Mcm Salleh ckp .. saya ingat masa saya terjumpa seorang budak batch lama yg terkenal dengan ketaikoannya masa Jasin dulu. Saya pun pernah kena dengan dia a few times, so bila nampak dia masa tu, my first instinct was to go over and give a good slap. tp, looking at him and his daughter, I just hope his daughter will not go thru the pain yg I went thru.


Tentang bab menyusahkan org tu, sy minta maaf sebab I remembered bgm I was the butt of a few jokes kat Jasin .. sapa tak kenal 'Fat Short Boy' n kisah cinta monyetnya ... ramai bebudak masa tu komen perangai saya yg 'pelik' masa tu ... ada la a few times kena panggil pi store " settle the store " ..


Lepas grad dr uni, until the incident, bila jumpa bebudak Jasin yg dulu memandang rendah pd saya, tiba2 act mcm dah kawan lama, rasa mcm nak gelak pun ada, marah pun ada. Kata mereka, " ala Pet ... let bygones be bygones, masa tu budak2 lagi ... " .. iye, masa tu bebudak lagi, korang tak rasa sakit, aku rasa tau ..


Tp, incident kereta selepas reunion sekitar 2004 tu, sy beritahu diri saya ... let it go la Pet, mereka dah lupakan, kau yg terasa sorang2 ... biarlah roda hidup berputar, bergerak ke hadapan, bukan ke belakang.


Jadi nowadays, bila jumpa bebudak Jasin, I meet them with an open heart .. all is forgiven not forgotten .. syukurlah, the majoriti yg saya jumpa dan hangout sekali-sekala adalah yg mereka2 yg menerima saya seadanya masa di Jasin dulu. Terima kasih pd kalian ( you know who you are ).


Sekarang, bila kita dah ada anak2, let us guide them well, so they will, InsyaAllah, not repeat our past mistakes.


Rgds,


Pet"

Wednesday, October 27, 2021

Gambar Solo di Majlis Reunion

 


Gambar saya di majlis Reunion 2016.

Ceritanya ada di sini

Tuesday, July 20, 2021

Cikgu Azanuddin Yang Saya Kenal


terrer Matematik
suka lepak dan mesra dengan pelajar puteri
perhimpunan pagi pakai walkman dan headphone
perhimpunan pagi bawak satu beg plastik penuh vhs tapes

Saya tidak pernah belajar dengan dia, tapi ramai yang belajar dengan dia, dan sayang dia ..plus bila baca kisah dia oleh rakan2 beliau ... he was a great friend ..

Alfatihah Cikgu .. see you when we get there ..

Thursday, March 11, 2021

Gambar homeroom saya tahun 1990 (Homeroom Y)

 



Lelaki (kiri ke kanan) - Hasan, Wahab, Yusof, Azmarul, Awaluddin, saya

Perempuan  (kiri ke kanan) - Sharifah Azlina, Faridah, arwah Maslina, Fairuza, Laila, Rusni

Alfatihah kepada arwah Maslina. Meninggal kerana kanser.

Thursday, March 4, 2021

Beberapa Foto Jejaka MRSM SPM 90 :D

 Beberapa foto jejaka yang ada .... saya ada dalam 2 foto di sini

dalam dorm form 5 kami 

budak2 syok lepas main netball

Dalam Dewan Besar